14 Pelajar Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa

  Media: 14 pelajar Malaysia menang anugerah antarabangsa
  Date: 26 January 2015

PELAJAR Matrikulasi Australia Selatan (SAM) Taylor's College berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih anugerah tertinggi dan terbanyak Sijil Pendidikan Australia Selatan (SACE) dan Sijil Pendidikan Australia Selatan Antarabangsa oleh Lembaga SACE Australia Selatan baru­baru ini.

Penerima anugerah itu melibatkan 690 pelajar dari kampus Taylor's College Subang Jaya dan Sri Hartamas yang berjaya menduduki peperiksaan SACE Antarabangsa pada Disember lalu.

Seramai 185 daripada mereka mendapat Penarafan Kemasukan Pendidikan Tinggi Australia atau Australian Tertiary Admission Rank (ATAR) 90 dan ke atas manakala 10 daripada mereka mendapat pengiktirafan kerana pencapaian paling tinggi dalam mata pelajaran SAM­SACE Antarabangsa.
 

Pengiktirafan ini membolehkan pelajar Taylor's College membolot 43 daripada 51 anugerah merit mata pelajaran SACE di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf pelajar yang mencapai merit A+.

Majlis penyerahan anugerah itu telah disempumakan oleh Ketua Eksekutif Badan SACE Australia Selatan, Dr. Neil McGoran di Taylor's College baru­baru ini.

Pengetua Matrikulasi Australia Selatan, Taylor's College, Quek­Lai Cheng See berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

"Ini adalah satu pencapaian yang mengagumkan bagi pelajar kami dalam pengajian yang berjaya dalam ujian penilaian danaktiviti pembelajaran di luar bilik darjah dengan jayanya. Pencapaian mereka merupakan testimoni penguasaan dan perkembangan kemahiran pembelajaran, kehidupan dan kepimpinan.

"Kejayaan ini membuktikan warga Taylor's College dalam membantu kejayaan pelajar. Saya harap mereka akan terus berjaya dalam pengajian di universiti dan kerjaya mereka pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Taylor's College, Lim Tou Boon, berkata, beliau berbangga dengan keputusan cemerlang yang dicapai pelajar SAM 2014.

"Di Taylor's College, matlamat kami ialah melengkapkan pelajar dengan kemahiran pembelajaran, kemahiran hidup, dan juga pembangunan perwatakan dan kepimpinan. Ini membolehkan mereka mencapai matlamat dalam kerjaya mereka.

"Saya pasti pengalaman pembelajaran yang mereka perolehi semasa di Taylor's College telah menyediakan mereka dengan pengalaman ke arah memacu kejayaan masa depan mereka,” katanya.